Thursday, 13 February 2014

DIPLOMA EKSEKUTIF PETROLEUM



PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE
bersama
 RAKAN PINTAR :: OCTAGON PETROLEUM TECHNOLOGY

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF ?

PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF adalah satu program di peringkat diploma yang ditawarkan oleh UTMSPACE bagi memenuhi keperluan pengetahuan dan kemahiran spesifik kusus untuk pekerja industri dan juga swasta.




APAKAH SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE ?

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Program Diploma Eksekutif :
ü  Warganegara Malaysia
ü  Lulus Sijil Pelajaran (SPM) atau setaraf dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran
ü  Mempunyai 3 tahun pengalaman di dalam bidang yang berkaitan

* Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas boleh dipertimbangkan melalui temuduga. Sekiranya pemohon gagal dalam sesi temuduga tersebut, pemohon akan ditawarkan untuk mengikuti program Specialist Diploma.

BILA PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM INI DILAKUKAN ?

Pengambilan pelajar bagi program ini adalah mengikut sistem semester sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu ambilan pada bulan Februari, Jun, dan Oktober. Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun.




BAGAIMANA STRUKTUR PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE ?

Struktur Program Diploma Eksekutif UTMSPACE terdiri dari 16 modul, portfolio dan projek.
  
APAKAH KELEBIHAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF BERBANDING DENGAN PROGRAM DIPLOMA BIASA YANG DITAWARKAN ?

Kelebihan Dari Segi Jumlah Kredit
Pengecualian kredit diberikan sebanyak lebih kurang 30% berbanding dengan diploma biasa. (Diambil dari 3 tahun pengalaman kerja pemohon) Ini secara automatik menjadikan tempoh pengajian lebih pendek dan jumlah yuran pengajian yang lebih rendah.

Kelebihan Dari Segi Syarat Kemasukan
Program ini sesuai diikuti oleh mereka yang tidak dapat mengikuti program diploma biasa kerana tidak memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan, tapi mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar. Syarat kemasukan program Diploma Eksekutif adalah lebih longgar. Sebagai timbal balik, kriteria pengalaman lebih ditekankan.

Kelebihan Dari Segi Masa Belajar
Proses pembelajaran bagi program ini akan dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad sahaja. Secara puratanya adalah lebih kurang 1 hingga 2 minggu sebulan bergantung kepada keperluan modul itu sendiri. Kaedah pembelajaran seperti ini pastinya tidak akan menggangu masa kerja pada hari-hari biasa. Namun begitu, kami menyarankan supaya saudara memaklumkan perkara ini kepada majikan supaya mereka maklum dengan komitmen pembelajaran yang bakal saudara berikan.

BERGAMBAR KENANGAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
DI UTMSPACE :: ANTARA PARA PELAJAR YANG BERJAYA
MENAMATKAN PELAJARAN DENGAN CEMERLANG.

BERAPA LAMA PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF INI DIJALANKAN ?

Tempoh pengajian keseluruhan Diploma Eksekutif UTMSPACE adalah selama minimum 20 bulan atau lebih kurang 1 tahun 8 bulan yang mana ianya dibahagikan kepada 5 semester.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBIAYAI PROGRAM INI ?

Selain dari pembiayaan sendiri, mereka yang berminat boleh membuat pengeluaran wang melalui Akaun 2 – KWSP untuk membiayai program ini.



DIMANAKAH PROGRAM-PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE DITAWARKAN ?

Selain dari Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan oleh UTMSPACE, program ini juga dijalankan secara usahasama dengan kerjasama Rakan Pintar ( Smartpartner ) yang dilantik oleh UTMSPACE di seluruh negara. Saudara boleh menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.



APAKAH PROGRAM INI DIIKTIRAF MQA ?

Tujuan utama program ini adalah menyediakan peluang dan alternative kepada mereka yang ingin menyambung belajar bagi peningkatan karier dalam sektor indusrti atau swasta sahaja. Ini kerana, kebanyakan industri  tidak meletakkan pengiktirafan MQA sebagai kriteria utama. Program diploma secara sepenuh atau separuh masa yang juga ditawarkan oleh pihak UTMSPACE. Program-program tersebut adalah diiktiraf MQA sepenuhnya.

Namun begitu, pihak UTMSPACE sedar akan kepentingan pengiktirafan MQA bagi memastikan kualiti program berada dalam tahap paling tinggi. Oleh kerana itu, bermula dari tahun 2010, UTMSPACE telah mengambil langkah bagi mendapatkan pengiktirafan MQA bagi semua Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan.


Alamat Pejabat :

OCTAGON PETROLEUM TECHNOLOGY SDN. BHD.
H-32A-1B, Jln Prima Saujana 2/D, Seksyen 2,
Taman Prima Saujana, 43000, Kajang, Selangor.
Tel: 03-8733 0951
Fax: 03-8737 0951
Laman Sesawang : www.octagon-petroleum.com

Keterangan Lanjut, Sila Hubungi :

Pn. Khairani Mohamad – 019-668 7105 (Pentadbiran)
En. Mohd. Faizal - 019-250 7653 (Kewangan)
En. Idris Mohamad - 019-235 2954 (Pemasaran)
                  

1 comment:

  1. CASINO - New Orleans, LA - MapYRO
    Find 여주 출장샵 Casinos Near Casino. Save BIG 이천 출장마사지 on Your Next Stay! 진주 출장마사지 Near the Front 강릉 출장샵 Desk and Casino entrance. Where to Find 문경 출장마사지 Casinos Near Casino.

    ReplyDelete