PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE
bersama
RAKAN PINTAR :: OCTAGON PETROLEUM
TECHNOLOGY
APAKAH YANG
DIMAKSUDKAN DENGAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF ?
PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF adalah satu program di peringkat
diploma yang ditawarkan oleh UTMSPACE bagi memenuhi keperluan pengetahuan dan
kemahiran spesifik kusus untuk pekerja industri
dan juga swasta.
APAKAH
SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE ?
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Program Diploma
Eksekutif :
ü Warganegara Malaysia
ü Lulus Sijil Pelajaran
(SPM) atau setaraf dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran
ü Mempunyai 3 tahun
pengalaman di dalam bidang yang berkaitan
* Mereka yang tidak
memenuhi syarat di atas boleh dipertimbangkan melalui temuduga. Sekiranya
pemohon gagal dalam sesi temuduga tersebut, pemohon akan ditawarkan untuk
mengikuti program Specialist Diploma.
BILA
PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM INI DILAKUKAN ?
Pengambilan pelajar bagi program
ini adalah mengikut sistem semester sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu ambilan
pada bulan Februari, Jun, dan Oktober. Permohonan adalah dibuka
sepanjang tahun.
BAGAIMANA
STRUKTUR PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE ?
Struktur Program Diploma Eksekutif
UTMSPACE terdiri dari 16 modul, portfolio dan projek.
APAKAH
KELEBIHAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF BERBANDING DENGAN PROGRAM DIPLOMA BIASA
YANG DITAWARKAN ?
Kelebihan Dari Segi Jumlah Kredit
Pengecualian kredit
diberikan sebanyak lebih kurang 30% berbanding dengan diploma biasa. (Diambil
dari 3 tahun pengalaman kerja pemohon) Ini secara automatik menjadikan tempoh
pengajian lebih pendek dan jumlah yuran pengajian yang lebih rendah.
Kelebihan Dari Segi Syarat Kemasukan
Program ini sesuai diikuti
oleh mereka yang tidak dapat mengikuti program diploma biasa kerana tidak
memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan, tapi mempunyai keinginan yang
tinggi untuk belajar. Syarat kemasukan program Diploma Eksekutif adalah lebih
longgar. Sebagai timbal balik, kriteria pengalaman lebih ditekankan.
Kelebihan Dari Segi Masa Belajar
Proses pembelajaran bagi
program ini akan dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad
sahaja. Secara puratanya adalah lebih kurang 1 hingga 2 minggu sebulan bergantung
kepada keperluan modul itu sendiri. Kaedah pembelajaran seperti ini pastinya
tidak akan menggangu masa kerja pada hari-hari biasa. Namun begitu, kami
menyarankan supaya saudara memaklumkan perkara ini kepada majikan supaya mereka
maklum dengan komitmen pembelajaran yang bakal saudara berikan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy2uxBpAcj2_uipvvo7pwVY_mAA2xb_Ju38WljrJikzjIWnDY_2hBE1ZoArhXZS1MN2W1dOLJPcwuF3Yox31imHjSp0_pMprHqqX8aB9PO85YjUH5G3WVvF12fHU5gl3NScdrnVfKosWk/s1600/Konvo+OPT+-+Octagon+Petroleum.jpg) |
BERGAMBAR KENANGAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN DI UTMSPACE :: ANTARA PARA PELAJAR YANG BERJAYA MENAMATKAN PELAJARAN DENGAN CEMERLANG. |
BERAPA LAMA
PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF INI DIJALANKAN ?
Tempoh pengajian
keseluruhan Diploma Eksekutif UTMSPACE adalah selama minimum 20 bulan atau
lebih kurang 1 tahun 8 bulan yang mana ianya dibahagikan kepada 5 semester.
BAGAIMANA
SAYA BOLEH MEMBIAYAI PROGRAM INI ?
Selain dari pembiayaan
sendiri, mereka yang berminat boleh membuat pengeluaran wang melalui Akaun 2 – KWSP untuk membiayai program
ini.
DIMANAKAH
PROGRAM-PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UTMSPACE DITAWARKAN ?
Selain dari Program
Diploma Eksekutif yang ditawarkan oleh UTMSPACE, program ini juga dijalankan
secara usahasama dengan kerjasama Rakan Pintar ( Smartpartner ) yang dilantik
oleh UTMSPACE di seluruh negara. Saudara boleh menghubungi kami bagi
mendapatkan maklumat lebih lanjut.
APAKAH
PROGRAM INI DIIKTIRAF MQA ?
Tujuan utama program ini
adalah menyediakan peluang dan alternative kepada mereka yang ingin menyambung
belajar bagi peningkatan karier dalam sektor indusrti atau swasta sahaja. Ini
kerana, kebanyakan industri tidak
meletakkan pengiktirafan MQA sebagai kriteria utama. Program diploma secara
sepenuh atau separuh masa yang juga ditawarkan oleh pihak UTMSPACE.
Program-program tersebut adalah diiktiraf MQA sepenuhnya.
Namun begitu, pihak UTMSPACE
sedar akan kepentingan pengiktirafan MQA bagi memastikan kualiti program berada
dalam tahap paling tinggi. Oleh kerana itu, bermula dari tahun 2010, UTMSPACE
telah mengambil langkah bagi mendapatkan pengiktirafan MQA bagi semua Program
Diploma Eksekutif yang ditawarkan.
Alamat
Pejabat :
OCTAGON
PETROLEUM TECHNOLOGY SDN. BHD.
H-32A-1B,
Jln Prima Saujana 2/D, Seksyen 2,
Taman Prima
Saujana, 43000, Kajang, Selangor.
Tel:
03-8733 0951
Fax:
03-8737 0951
Keterangan
Lanjut, Sila Hubungi :
Pn. Khairani
Mohamad – 019-668 7105 (Pentadbiran)
En. Mohd. Faizal - 019-250 7653 (Kewangan)
En. Idris Mohamad - 019-235 2954 (Pemasaran)